Khidmat guaman profesional dan berstrategi –
Dapatkan nasihat lanjut untuk hak dan masa depan anda

Peguam Syarie Berpengalaman –
Ammar Nadrah & Associates

tentang kami

Pakar Perundangan Syariah, sedia membantu anda

Ammar Nadrah & Associates ialah firma guaman syariah yang komited dalam memberikan penyelesaian pantas dan strategik bagi kes-kes perundangan keluarga Islam. Kami percaya bahawa perdamaian adalah keutamaan, dan setiap klien berhak mendapatkan nasihat yang terbaik bagi mengendalikan kes-kes seperti perceraian, nafkah, hak penjagaan anak, harta pusaka dan lain-lain perkara berkaitan

Dengan pengalaman luas dalam undang-undang syariah, kami berusaha untuk membantu anda memahami hak-hak anda serta mencari jalan penyelesaian yang adil dan efisyen. Pendekatan kami bukan sekadar perundangan, tetapi juga empati dan keprihatinan terhadap keperluan anda.

Kepercayaan anda, tanggungjawab kami. Hubungi kami untuk mendapatkan solusi guaman yang tepat dan berkesan.

Khidmat Kami

PERKAHWINAN

Permohonan Kebenaran Poligami, Pengesahan / Pendaftaran Nikah, Wali Hakim, Wali Enggan, Pernikahan Bawah Umur.

PERCERAIAN

Perceraian secara baik (fasttrack), Pengesahan Cerai Luar Mahkamah, Fasakh, Ta’liq, Li’an, Tebus Talak (Khulu’).

NAFKAH

Nafkah Anak, Nafkah Isteri, Iddah, Mut’ah, Tunggakan Nafkah.

HAK JAGAAN ANAK (HADHANAH)

Hak Jagaan Kekal, Hak Jagaan Sementara (Interim), Hak Lawatan, Hak Bermalam.

PENGURUSAN HARTA

Harta Sepencarian, Faraidh, Hibah, Wasiat dan Harta Pusaka.

PENYEDIAAN DOKUMEN

Menyediakan Saman dan Pernyataan Tuntutan, Afidavit-Afidavit, Keterangan Bertulis, Hujahan Bertulis, Akuan Bersumpah, Perjanjian Penyelesaian, Surat Pengisytiharan Hibah.

KHIDMAT NASIHAT & RUNDING CARA KELUARGA

Hak Jagaan Kekal, Hak Jagaan Sementara (Interim), Hak Lawatan, Hak Bermalam

LAIN -LAIN

Mengendali kes-kes rayuan, bantahan, dan injunksi

SOALAN LAZIM (FAQ)

Perkahwinan (4)

Hak isteri termasuk nafkah, giliran bermalam yang adil, tempat tinggal, dan layanan yang saksama. Isteri juga ada hak menuntut Harta Sepencarian.

Pasangan perlu memohon pengesahan nikah di Mahkamah Syariah dan membawa bukti seperti sijil nikah, saksi perkahwinan, dan dokumen lain yang berkaitan.

Perkahwinan luar negara tanpa kebenaran perlu dibuat pengesahan di Mahkamah Syariah sebelum boleh didaftarkan di Malaysia.

Tidak. Semua perkahwinan perlu mendapat kebenaran pendaftar nikah atau Mahkamah Syariah bagi mengelakkan perkahwinan tidak sah di sisi undang-undang dan perlu disahkan kemudian.

Hak-Hak Selepas Perceraian (4)

Ya, isteri boleh menuntut harta yang diperoleh bersama semasa perkahwinan, termasuk rumah, kereta, atau simpanan bank, dengan membuktikan sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap harta tersebut.

Selepas perceraian, isteri berhak menuntut nafkah iddah, mutaah, harta sepencarian, serta nafkah anak jika mempunyai anak bersama.

Mutaah ialah saguhati kepada isteri yang diceraikan. Mahkamah akan mempertimbangkan faktor seperti pendapatan suami, tempoh perkahwinan, dan pengorbanan isteri dalam menentukan jumlahnya.

Tempoh iddah bagi perceraian biasa ialah 3 kali suci (kebiasaan: kira-kira 3 bulan). Jika hamil, iddah berakhir selepas melahirkan anak. Isteri berhak mendapat nafkah iddah sepanjang tempoh ini, kecuali jika talak adalah talak bain sughra atau fasakh.

Perancangan Harta Pusaka : Faraidh - Hibah - Wasiat (6)

Tidak. Anak angkat tidak dianggap sebagai waris sah dalam faraid. Namun, mereka boleh menerima harta melalui hibah atau wasiat.

Secara umumnya, hibah yang telah diberikan tidak boleh dibatalkan kecuali jika terdapat syarat tertentu yang membolehkan pemberi hibah menarik balik pemberian tersebut.

Ya, hibah perlu didaftarkan dan didokumenkan dengan sah untuk mengelakkan pertikaian.

Harta si mati akan dibahagikan mengikut hukum faraid, dan proses pengurusan harta pusaka mungkin mengambil masa lebih lama kerana perlu melalui prosedur perundangan tertentu.

Seorang waris boleh melepaskan bahagiannya secara sukarela melalui proses tahalluf (persetujuan bertulis) di hadapan saksi atau pihak berkuasa .

Tidak. Dalam Islam, wasiat hanya boleh diberikan sebanyak 1/3 daripada keseluruhan harta dan tidak boleh diberikan kepada waris faraid tanpa persetujuan semua waris lain.

Perceraian (7)

Untuk talak satu dan talak dua, suami boleh merujuk isteri dalam tempoh iddah tanpa persetujuan isteri. Namun, selepas iddah tamat atau jika talak tiga berlaku, mereka perlu bernikah semula dengan akad yang baharu dan mematuhi syarat tertentu.

Ya, dalam kebanyakan kes, pasangan akan dirujuk ke Jawatankuasa Pendamai (JKP) atau sesi kaunseling untuk mencuba penyelesaian sebelum mahkamah membenarkan perceraian.

Antara dokumen yang diperlukan ialah sijil nikah, kad pengenalan, dan dokumen berkaitan kes seperti laporan polis atau laporan perubatan jika berkaitan.

Talak: Perceraian yang dilafazkan oleh suami, sama ada di luar atau dalam mahkamah.

Fasakh: Perceraian yang dipohon oleh isteri kerana sebab-sebab tertentu seperti penderaan atau pengabaian nafkah.

Khulu’: Perceraian dengan persetujuan isteri membayar pampasan kepada suami.

Tempoh proses bergantung pada situasi kes. Jika kedua-dua pihak bersetuju, perceraian boleh selesai dalam satu hari. Namun, jika ada pertikaian atau tiada persetujuan salah satu pihak, proses boleh mengambil masa lebih lama.

Ya, isteri boleh memohon perceraian melalui fasakh atau khulu’ jika ada alasan yang kukuh seperti keganasan rumah tangga, suami menghilangkan diri, atau tidak memberi nafkah.

Jika perceraian adalah talak raj’i (talak satu atau dua), suami boleh merujuk isteri dalam tempoh iddah tanpa akad nikah baru. Namun, jika talak tiga telah dijatuhkan dan disahkan, mereka perlu bernikah semula dengan syarat tertentu.

Hak Jagaan dan Nafkah Anak (9)

Ya, jika mahkamah mendapati ibu tidak layak atau tidak mampu menjaga anak, hak jagaan boleh diberikan kepada bapa atau pihak lain yang sesuai

Ya, perkahwinan semula ibu tidak mengubah tanggungjawab bapa terhadap nafkah anak. Ia kekal sehingga anak mencapai umur dewasa atau mampu berdikari.

  1. Umur dan jantina anak
  2. Kebajikan dan keperluan anak
  3. Keupayaan ibu atau bapa menjaga anak
  4. Hubungan anak dengan ibu atau bapa
  5. Faktor moral dan agama

Bapa tetap mempunyai hak lawatan, hak bermalam mengikut peruntukan undang-undang.

Hak jagaan anak (hadanah) merujuk kepada hak dan tanggungjawab untuk menjaga dan membesarkan anak selepas perceraian, mengutamakan kebajikan dan keperluan anak.

Ibu boleh memfailkan tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah. Jika bekas suami masih ingkar, mahkamah boleh mengeluarkan perintah penguatkuasaan, termasuk pemotongan gaji atau tindakan mahkamah.

Ya, pihak yang tidak berpuas hati boleh memfailkan permohonan di mahkamah untuk mengubah keputusan hak jagaan jika kebajikan anak terabai atau anak telah mumayiz untuk membuat pilihan untuk tinggal dengan siapa.

Ya, jika kedua-dua pihak bersetuju mengenai hak jagaan anak, mereka boleh mencatatkan persetujuan dalam perjanjian bertulis dan mengemukakannya kepada mahkamah untuk pengesahan.

Secara umumnya, ibu lebih berhak menjaga anak kecil, tetapi mahkamah akan mempertimbangkan faktor kebajikan anak sebelum membuat keputusan.

Keperluan Melantik Peguam Syarie (10)

Ya, peguam boleh membantu dalam proses rundingan, mediasi, atau penyelesaian tanpa perlu membawa kes ke mahkamah. Ini dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos.

Ya, semua perbincangan antara klien dan peguam adalah sulit di bawah prinsip “client-attorney privilege”. Peguam tidak boleh mendedahkan maklumat anda kepada pihak lain tanpa kebenaran.

Dokumen berkaitan kes anda seperti sijil perkahwinan, surat cerai, atau sebarang bukti yang berkaitan kes.

Peguam memberikan nasihat undang-undang, mewakili klien di mahkamah, menyediakan dokumen perundangan, dan membantu menyelesaikan pertikaian mengikut undang-undang yang berkenaan.

Jangan panik. Segera dapatkan nasihat peguam dan bawa dokumen berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Elakkan mengabaikan saman atau notis kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kes anda.

Pilih peguam yang berdaftar dan bertauliah dalam bidang undang-undang. Memilih peguam yang mudah berinteraksi dan berkomunikasi dengan anda juga adalah penting.

Tempoh sesuatu kes bergantung pada jenis kes, kompleksiti, dan sistem mahkamah. Ada kes yang boleh diselesaikan dalam sehari atau beberapa minggu, manakala kes lain mungkin mengambil masa berbulan atau bertahun.

Bayaran bergantung kepada jenis kes dan perkhidmatan yang diberikan. Kebiasaannya, peguam akan mengenakan caj berdasarkan perundingan awal (consultation) dan dokumen yang disediakan.

Anda perlu mendapatkan peguam jika menghadapi isu perundangan seperti perceraian, tuntutan nafkah, hak penjagaan anak, wasiat, harta pusaka atau sebarang kes mahkamah.

Secara teknikal, anda boleh mewakili diri sendiri, tetapi ia berisiko jika anda tidak memahami prosedur mahkamah dan peraturan undang-undang. Peguam dapat membantu memastikan hak anda dilindungi dengan baik.

Nasihat Bernas

“Firma yang berwibawa untuk membantu saya dalam hal perundangan,

dokumentasi serta khidmat nasihat yang sangat bernas dengan layanan tulus ikhlas. “

Pn. Rosnah Bakri

Senang berbincang

“lawyer saya sangat bersabar dan cara kerja dia sungguh kemas.

Sentiasa jawab wassap dan call dengan cepat. Senang di ajak berbincang”

Pn. Nurul Ain Zainureen

Profesional & Berwibawa

“Sebuah firma guaman berwibawa dan professional yang dapat membantu saya dalam hal-hal perundangan syariah dan fiqh munakahat yang ramai orang tidak cakna”

En. Syadiq

“Jangan tunggu sampai terlambat,
Lindungi hak anda & anak-anak.”

Untuk pertanyaan lanjut

Hubungi Kami Sekarang